Tuesday 8 October 2013

Kalanchoe x crenatodaigremontianum ~ Pokok Setawar

Photo Location : My Garden
Nama Lain : Mother of millions

Masih ingat lagi pokok setawar, ramai termasuk admin menanam, it was actually menyimpan dalam buku-buku teks sekolah :) Happy sangat bila keluar akar-akar putih dari daun setawar tersebut. Itu spesies setawar yang admin namakan setawar biasa yang daunnya rata dan agak lembik. Buat masa ini admin belum memiliki pokok tersebut. 
Sekarang yang ada dalam garden collection admin adalah pokok setawar seperti di bawah. Daunnya hijau gelap, keras, melengkung ke dalam dan anak-anaknya pula siap tumbuh di atas pokok. Memang bercambah banyak di atas tanah sekelilingnya. Pokok ini admin dapat secara tidak sengaja dari seorang makcik yang menjalankan kaedah perubatan tradisional untuk mengurangkan / menghilangkan kebengkakan. Khasiat lain admin tidak pasti tapi boleh dirujuk di sini
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/05/setawar-bukan-sekadar-diletak-didalam.html



Setawar adalah sejenis tumbuhan saka berair yang tumbuh setinggi 3 hingga 5 kaki. Ia mempunyai batang yang berongga, berdaun hijau pekat yang tebal dan berisi, tepinya bergigi. Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara. Daunnya selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak. Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan disesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak.Di Malaysia setawar banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana struktur daunnya yag cantik. Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembab dan redup. 
info dari :
http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/05/setawar-bukan-sekadar-diletak-didalam.html

Pengalaman admin, siput b*** juga penggemar daun pokok setawar ini, tambahan habitat kedua-duanya adalah sama iaitu ditempat yang lembab & redup.

Tuesday 1 October 2013

Orchid Bela~Part 1

Photo Location : My Garden

Sejak mengunjungi FLORIA 2013 yang lepas, admin berazam untuk menanam orkid dengan jayanya. Admin membeli 10 pasu monopodial orchid (batang tunggal) dan 8 pasu simpodial orchid (batang rumpun) dan hasilnya kesemua masih hidup sihat kecuali beberapa pasu simpodial. Ada yang batangnya mula berubah ke warna kuning, mengecut dan lama-lama jadi kering. Apa yang admin buat ialah memotong batang yang mati tersebut dan menunggu tunas baru muncul. Harap-harap tindakan admin betul disamping menyembur baja subur untuk daun & akar. 
 

Masalah paling besar ialah serangan siput babi waktu malam. Boleh dilihat pada daun simpodial orchid, berlubang akibat dimakan siput. Peliknya daun monopodial tidak pula dimakan siput!


Then saat yang paling happy tentunya bila orkid yang dibela ini berbunga untuk pertama kali~purple color. Macammana dia berbunga? Mungkin next orchid admin akan rakamkan dari mula keluar putik bunga. Ringkasnya sejulur tangkai keluar dari batangnya, ada 9 putik semuanya. Setiap hari 1 putik akan berkembang jadi bunga esoknya the other putik dan seterusnya. Maksudnya 1 hari 1 putik akan terbuka, untuk kes orkid di bawah. So admin akan watchout untuk orkid-orkid lain bagaimana pula...akan di update seterusnya.



Euphorbia milii~Pokok Raja Bunga Merah Kecil

Photo Location : My Garden
Origin : Western Madagascar



Leucophyllum frutescens~Barometer Bush

Photo Location : My Garden
Origin : Rio Grande Valley (Texas, Mexico)

Tahun pertama & kedua Leucophyllum ini berbunga pada waktu-waktu tertentu, hingga sekarang tahun ke-4 jarang sekali berbunga lebat walaupun telah dibubuh baja bunga, hanya keluar 3-5 kuntum. Wonder why? Landscaper di Sungai Buloh info Leucophyllum hanya berbunga ikut musim bukan senantiasa. Mungkin benar, tambahan pokok ini bukan berasal dari Malaysia, jadi sifatnya tidak banyak diketahui admin.   




Bagaimanapun karektor pokok dan warna daun sudah cukup sangat cantik pada mata admin. Shrub ini perlu kerap dipangkas supaya daun menjadi padat, rapat & cepat pertumbuhan pucuk baru. Sesuai juga ditanam sebagai hedges & bonsai. Karektor & penjagaannya lebih kurang sama dengan shrub Loropetalum chinensis.




Wednesday 3 July 2013

Booth Design FLORIA 2013 for S.K.Putrajaya 8(2)~Photo Booth Concept

My booth design for FLORIA 2013. The concept & idea was done by S.K. Putrajaya 8(2) teachers with caption ORCHID the tropical treasury in wonderland...





Hibiscus rosa-sinensis cultivars~Bunga Raya Putih & Pink

Photo location : My garden

Karektor pokok bunga raya jenis ini berbeza dengan yang lain kerana daun, bunga & putiknya lebih kecil. Batangnya tumbuh tinggi dengan jarak daun yang jarang-jarang antara satu dengan lain - tidak padat. Pokok bunga raya putih biasa dilihat ditanam di kebanyakan tempat tetapi bunga raya pink type ini admin tidak pernah jumpa. Apakah ia hibrid dan dibawa masuk dari negara lain? Di kampung bunga raya putih ditanam selain untuk hiasan laman juga sebagai bahan perubatan. Ini kerana air ramasan daun bunga raya ini dapat digunakan untuk menurunkan suhu badan orang yang demam panas.





Friday 28 June 2013

Orchids~Anggerik

Photo Location : PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL, FLORIA 2013, Waterfront, Precinct 2, Putrajaya

Speechless!! My first word... Subhanallah!! Cantiknya... ciptaan Allah S.W.T. Pelbagai spesies orkid yang dapat admin snap fotonya di Floria 2013. Memang membuka mata & fikiran admin terhadap pokok orkid yang selama ini tidak pernah menjadi pilihan dalam rekabentuk laman sama ada public park ataupun private garden. Sebabnya mudah, bagi admin Orkid bukan kategori pokok yang tahan lasak atau mudah dijaga & diselenggara. Medium tanaman juga berbeza. Kaedah penanaman, penjagaan dari segi siraman & pembajaan juga berbeza.Tanggapan tersebut mungkin disebabkan pemerhatian & pengalaman admin selama ini payah benar jumpa pokok orkid yang meriah berbunga, biasanya menjulur naik tanpa bunga, kalau adapun hanya sedikit.

Bagaimanapun kunjungan ke Floria 2013 memberi persepsi berbeza terhadap penggunaan orkid dalam rekabentuk taman. Gabungan pelbagai bentuk, warna & spesies orkid mampu mencorakkan taman mengikut konsep yang dikehendaki. Impak yang terhasil amat mengagumkan. Orkid secara individu pula tampak sangat unik, mempunyai karektor tersendiri, bermula dari akar, daun & bunga yang dapat dilihat keseluruhannya.

Kita biasa dengan kaedah penanaman orkid di dalam pot, kemudiannya digantung atau diletakkan pot tersebut di tempat2 yang lebih tinggi. Banyak kaedah lain lagi seperti diikat dengan sabut/tali ke batang pokok (hidup/mati), dilekatkan/disangkutkan ke trellis (in vertical form) sebagai feature wall/green wall dan sebagainya. Laman DBKL di laluan masuk misalnya orkid di sangkutkan di bahagian top pergola secara terbalik yang mana bunganya mengurai turun ke bawah mewujudkan gerbang yang indah dan 'welcoming'. Scroll down untuk melihat kaedah/idea lain yang boleh diadaptasi dari pesta Floria ini apabila bercadang untuk membuat taman orkid.