Friday 28 June 2013

Orchids~Anggerik

Photo Location : PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL, FLORIA 2013, Waterfront, Precinct 2, Putrajaya

Speechless!! My first word... Subhanallah!! Cantiknya... ciptaan Allah S.W.T. Pelbagai spesies orkid yang dapat admin snap fotonya di Floria 2013. Memang membuka mata & fikiran admin terhadap pokok orkid yang selama ini tidak pernah menjadi pilihan dalam rekabentuk laman sama ada public park ataupun private garden. Sebabnya mudah, bagi admin Orkid bukan kategori pokok yang tahan lasak atau mudah dijaga & diselenggara. Medium tanaman juga berbeza. Kaedah penanaman, penjagaan dari segi siraman & pembajaan juga berbeza.Tanggapan tersebut mungkin disebabkan pemerhatian & pengalaman admin selama ini payah benar jumpa pokok orkid yang meriah berbunga, biasanya menjulur naik tanpa bunga, kalau adapun hanya sedikit.

Bagaimanapun kunjungan ke Floria 2013 memberi persepsi berbeza terhadap penggunaan orkid dalam rekabentuk taman. Gabungan pelbagai bentuk, warna & spesies orkid mampu mencorakkan taman mengikut konsep yang dikehendaki. Impak yang terhasil amat mengagumkan. Orkid secara individu pula tampak sangat unik, mempunyai karektor tersendiri, bermula dari akar, daun & bunga yang dapat dilihat keseluruhannya.

Kita biasa dengan kaedah penanaman orkid di dalam pot, kemudiannya digantung atau diletakkan pot tersebut di tempat2 yang lebih tinggi. Banyak kaedah lain lagi seperti diikat dengan sabut/tali ke batang pokok (hidup/mati), dilekatkan/disangkutkan ke trellis (in vertical form) sebagai feature wall/green wall dan sebagainya. Laman DBKL di laluan masuk misalnya orkid di sangkutkan di bahagian top pergola secara terbalik yang mana bunganya mengurai turun ke bawah mewujudkan gerbang yang indah dan 'welcoming'. Scroll down untuk melihat kaedah/idea lain yang boleh diadaptasi dari pesta Floria ini apabila bercadang untuk membuat taman orkid.


























































No comments:

Post a Comment