Location : My Garden
Tuesday, 24 September 2013
Wednesday, 3 July 2013
Booth Design FLORIA 2013 for S.K.Putrajaya 8(2)~Photo Booth Concept
My booth design for FLORIA 2013. The concept & idea was done by S.K. Putrajaya 8(2) teachers with caption ORCHID the tropical treasury in wonderland...
Hibiscus rosa-sinensis cultivars~Bunga Raya Putih & Pink
Photo location : My garden
Karektor pokok bunga raya jenis ini berbeza dengan yang lain kerana daun, bunga & putiknya lebih kecil. Batangnya tumbuh tinggi dengan jarak daun yang jarang-jarang antara satu dengan lain - tidak padat. Pokok bunga raya putih biasa dilihat ditanam di kebanyakan tempat tetapi bunga raya pink type ini admin tidak pernah jumpa. Apakah ia hibrid dan dibawa masuk dari negara lain? Di kampung bunga raya putih ditanam selain untuk hiasan laman juga sebagai bahan perubatan. Ini kerana air ramasan daun bunga raya ini dapat digunakan untuk menurunkan suhu badan orang yang demam panas.

Monday, 1 July 2013
Friday, 28 June 2013
Orchids~Anggerik
Photo Location : PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL, FLORIA 2013, Waterfront, Precinct 2, Putrajaya
Speechless!! My first word... Subhanallah!! Cantiknya... ciptaan Allah S.W.T. Pelbagai spesies orkid yang dapat admin snap fotonya di Floria 2013. Memang membuka mata & fikiran admin terhadap pokok orkid yang selama ini tidak pernah menjadi pilihan dalam rekabentuk laman sama ada public park ataupun private garden. Sebabnya mudah, bagi admin Orkid bukan kategori pokok yang tahan lasak atau mudah dijaga & diselenggara. Medium tanaman juga berbeza. Kaedah penanaman, penjagaan dari segi siraman & pembajaan juga berbeza.Tanggapan tersebut mungkin disebabkan pemerhatian & pengalaman admin selama ini payah benar jumpa pokok orkid yang meriah berbunga, biasanya menjulur naik tanpa bunga, kalau adapun hanya sedikit.
Bagaimanapun kunjungan ke Floria 2013 memberi persepsi berbeza terhadap penggunaan orkid dalam rekabentuk taman. Gabungan pelbagai bentuk, warna & spesies orkid mampu mencorakkan taman mengikut konsep yang dikehendaki. Impak yang terhasil amat mengagumkan. Orkid secara individu pula tampak sangat unik, mempunyai karektor tersendiri, bermula dari akar, daun & bunga yang dapat dilihat keseluruhannya.
Kita biasa dengan kaedah penanaman orkid di dalam pot, kemudiannya digantung atau diletakkan pot tersebut di tempat2 yang lebih tinggi. Banyak kaedah lain lagi seperti diikat dengan sabut/tali ke batang pokok (hidup/mati), dilekatkan/disangkutkan ke trellis (in vertical form) sebagai feature wall/green wall dan sebagainya. Laman DBKL di laluan masuk misalnya orkid di sangkutkan di bahagian top pergola secara terbalik yang mana bunganya mengurai turun ke bawah mewujudkan gerbang yang indah dan 'welcoming'. Scroll down untuk melihat kaedah/idea lain yang boleh diadaptasi dari pesta Floria ini apabila bercadang untuk membuat taman orkid.

Subscribe to:
Posts (Atom)